Wednesday, December 12, 2012

PeRGi Mu TaK KemBali......

Assalamualaikum.... Tiada kata yg mampu mengzahirkn apa yg kami sekeluarga lalui sekarang... Ya mungkin ramai dah rasa sakit dan perit nya rasa kehilangan orang yang kita sayang dan mungkin jua mereka tabah menerima ketentuan dari Allah. kita semua tahu "mati itu pasti" cuma tidak tahu bila saat nya kematian itu datang perit bg kita yang di tinggalkan di atas dunia yg fana ini untuk menerima ujian itu.. Ya aku tak kuat yang seperti disangka, hampir rebah badan ini menyembah bumi...terasa jantung direntap dengan kuat dan terasa dunia terus terhenti bila dengar patah perkataan yg memang paling aku takut nak dengar.... dan ini terjadi dlm keluarga ku sendiri.... Ya aku kita mesti redha dengan semua yg Allah catur kan..... nukilan:erin suhaimin yg coretkan untuk kakak kami... tp nukilan ini hanya dapat menbayangkan hanya suku sahaja apa yg kami rasa.... indah susunan kata yang dititip tapi ia tetap kisah sedih yg kami lalui....
Wahai saudara kandungku,

Pergimu tiada kembali, Hilangmu tiada pengganti, Kasihmu tiada tandingi, tinggallah kami di sini, Sesungguhnya Pencipta lebih mengasihi.

Wahai saudara kandungku,

Sesungguhnya yang menjemputmu adalah cinta yang abadi Walau hebatnya kasih sesama kami, tiada tandingan kasihNya Pencipta kami Walau teguhnya setia sesama kami, tiada tandingan cintaNya yang abadi

Wahai saudara kandungku,

walau rindu kami sudah tak tertanggung walau tangis kami membanjiri bumi walau ingatan terhadapmu sentiasa ditabir mata, kami redha dengan pemergianmu redha seluruh jiwa dan raga sesungguhnya masa kami akan tiba menyusuli Along di sana semoga betemu kita di syurga.

Wahai saudara kandungku,

berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul tak tertanggung kami dengan kekhilafan doa kami, semoga tidak terlambat buat kami berbakti sebagai saudara Ya Allah, sampaikanlah doa kami, Ya Allah, sampaikanlah bacaan kami, Ya Allah, sampaikanlah hadiah kami, Ya Allah sampaikanlah ingatan kami.

Wahai saudara kandungku,

terima kasih atas segalanya meninggalkan harta yang ternilai buat kami janji kami akan kami menjaga harta Along sepenuhnya akan kami memelihara harta Along sebaiknya akan kami mendidik harta Along seikhlasnya kerana mereka adalah bekalan buat Along di sana Dua permata yang solehah, Insya Allah.

Dialah ibu, dialah anak dan dialah kakak damailah Along di sana, semoga bertemu kita di Jannah, Amin.

Adik-adik mu.
posted from Bloggeroid
Ya dia telah meninggalkan dua amanah dari Allah untuk kami jaga.... zuriat yang masih kecil yg tak tahu mana lagi arah tuju hidup nya... aku tahu aku tak mampu mgantikan tempat ibu mereka dan aku pun tak mimpi untuk mgantikan tempat tersebut, pada aku kita hanya ada seorang ibu yg tidak boleh ditukar ganti.... yg aku tahu tika dan saat ini kami akan menjaga amanah yang telah dia tinggalkan.... walaupun kasih sayang kami curah kan tidak akan sama nilai kasih sayang seorang ibu... ya kami akan cuba sehabis baik, untuk itu.
setiap detik bersama dia tidak sekali aku lupakan, untuk bangun dan menjadi sedia kala agak sukar, kumpul semula kekutan dan ketabahan yang terbang di bawa satu berita duka. Ya kami adik beradik memang kena kuat untuk sembunyi kan sedih kami depan anak2 along, depan mak dan abah. Kami harus kuat.... rindu yang tiada pengujung dan berharap kami akan bersatu semula di alam yang hakiki.... Damai lah Along disana pertemu dengan Sang Pencipta mu...kita cuma dipisahkan dengan dua alam yang berbeza,kami disini akan sentiasa menitip bekalan untuk mu sayang. Syuhelda Binti Norsiah 6 march 1981 ~ 24 nov 201

3 comments:

  1. al fatihah....banyakkan bersabar ye,semoga aman dia di sana...

    ReplyDelete
  2. Al-fatihah...semoga kak syuhelda ditempatkn di kalangan org2 yg briman.. Salam takziah utk finaz sekeluarga..

    ReplyDelete
  3. Al-fatihah buat arwah...perempuan yg paling tabah yg pernah aku knl walaupun ntuk stahun trakhir sbelum mnghadap perciptaNYA. Salam takziah untuk seluruh keluarga arwah..

    ReplyDelete

Designed by UMIESUEstudio 2014 : FINAZAMRI